Wednesday, April 29, 2009

duka??

mengapa tersangat sukar memadamkan seuntai duka yg terselit di pepenjuru hati,... huhu .. ya tuhanku.. apalah daya yg ku ada... astagfirullah... ya Allah mengapa terasa terlalu mudah berdendam.. wpon x pernah aku zahirkan perasaan itu.. ya tuhanku.. tidak terdayaku.. tempuh dunia yg hebat mehnah dan tribulasinya ni...

inferiority complex.. kenapa terlalu byk mendominasi diri.. sejak mula menapak ke alam kampus.. mengapa x sekuat tatkala berada di kisas dlu.. adakah kerana biah yg berubah?? hati yg berubah.. keyakinan yg berubh?? atau aku kah yg berubah.. diluar kesedaran aku....

skang ni aku asyik nangisssssssssssssssssssssssssss je.. knape pon aku xtau.. ya Allah.. mesti rumate aku tertanye2 ek.. nape mun nangis.. tp entah la rase puas je tiap kali aku nangissss.. wpon airmate yg aku tumpahkan tidak berjaya melenyapkan kedukaan aku walau sedikit pon.. hak3.. namun aku puas...

atau aku yang ada masalah keliru identiti.... hak3.. erm.. bg aku.. aku sangat2 selesa myelesaikan masalah orang atau membuat orang disekiling ketawa,.. hilang dari masalah... wpon sebenarnye aku menaggung duka yg maha berat.. ya Allah kuatkan kakiku melangkah dibumiMu.. huhu...
kuatkan hatiku ya Allah menempuh segalanya... AMEEN.. moga mentari muncul lagi.. dpt membawa jemaan mimpi indah supaya setiap episod duka hidupku terisi dgn segala yg indaaaaaahhh.. ameeeeeeeeenn...

Saturday, April 18, 2009

Diariku..




harini... tak smudah semalam untuk bergelar manusia sempurna.. huhu.. terlalu banyak kebenaran yang belom tersingkap.. terlalu byk ilmu yang belum aku kecapi.. yang ada sepanjang usia menjangkau 22 tahun ni.. hnya lah sekelumit pengalaman... pengamalan pulak... berkurang dan bertambah mengikut graf iman yang tidak sekata.... huhu..
ya Allah.. engkau destinasi cintaku.. tabahkan hatiku melalui hidup.. ya Allah.. dugaan yang saling menipa diri.. ku rasakan hikmahnya sedikit demi sedikit.. namun... knpa aku masih tega melakukan silap yang hampir serupa.. ya Allah... berikan aku kekuatan pada kakiku.. untuk aku melangkah pd tmpt2 yg benar lg suci.. kuatkan zahir batin tubuhku.. supaya.. rohani aku sentiasa kenyang dibajai keimanan.. jauhi ku dari maksiat yang disengajakan.. ya tuhanku.. jika engkau membiarkan hidup ini ditentukan olehku sendiri.. nescaya.. xkan termampu oleh aku.. melaluinya.. keranna kelemahan serta kekerdilan diri yang aku miliki.... ya tuhan.. pdmu ku damba keampunan... ya allah permudahkan urusan peperiksaan ku dan shbt2ku semuanya serta adik2ku semuanya fi kulli makan wa kulli zaman... ameeeeeeeeen....


Monday, April 6, 2009

Kem Menggilap Permata 2-4 April 2009

kusyuknyer,,,,

best3

makan time...


negaraku.....



kumpulan k.mun.. powerr puff gurl




Friday, March 6, 2009

RAyuan Hamba....

ya Allah..


Apalagi yang ingin hati ini ini bicarakan melainkan.. sejalur kepasrahan yang berterusan hamba panjatkan padaMu wahai Pemilik sekalian alam. Jiwa ini, sanubari ini.. hati.. dan seluruhnya.. aku abadikan hanya untukmu.. biarlah.. andai aku x dimiliki oleh mne2 muslimin sekalipon.. jadikan aku setia... ikhlas.. dan setia berbakti padaMu dan pada rasulmu.... serta kedua ibubapaku.. yang membesarkan aku... sematang ini.. sedewasa ini... ya Allah.. kirimkan syurga.. yang nilaian nya paling mahal.. buat keduanya...

Sejalur taqwa.. itulah hadiah paling berharga dri seorang hamba kpd tuhannya.. tanda kekerdilan jiwa.. lambang kekayaan hati...... ya Allah.. taqwakan diri ini... agar.. aku bisa selesa dengan ujian dan nikmat yg silih berganti dlm hidup ini ya rahman,... agar aku/.. sentiasa dlm lembayung rahmat... inayah.. redha.. dan kasih sayang mu.. yang tidakkan pernah kunjung malapppppppppppp....... mengharapkan.. mendamba.. cinta manusia.. x semudah yg disangka.. hmm... aku mencuba lg... namun.. andai aku gagal lg.. aku pasrah..pasrah menerima segala pahit manis takdirmu ini.. ya Allah... kesilapan aku menafsir hari esok lah yang membuat aku merana.. siang yang terang serta pagi yang cerah yang aku rasakan harini.. kurasakan sama pada hari esok.. jadinya.. aku tidak pernah menyediakan diri dengan sebarang payung ketabahan.. rupanya petir ujian dan hujan lebat dugaan menimpa pagi esok,.. menjadikan pagi secerah dambaan aku itu... musnah.. dan mnjdi gelap kembali.. ya Allah.. aku kini semakin matang ya Allah.. penuhi jiwa ini dengan sejalur kekuatan.. agar aku.. tidak mudah menafsir hari esok.. tidak riak dengan kejayaan hari ini.. dan,... melakukan yg terbaik tok hari ini... dan ari esok.. engkau lah penentunya.. jadikan sebaik perencanaan aku.. ataukah ada perencanaan yg lebih baik darinya... aku,.. ikhlas menerimanya...



Seindah lukisan takdir takkan pernah berakhir tanpa ujian dan dugaan yang dtg menyinggahi sanubari.. dan aku.. tidak pernah menyalahkan takdir.. perpisahan.. ianya pahit dan berbuah kerinduan yang berpanjangan.. tapi.. aku harus kuatkan hati menuju hari esok.. aku harus buktikan pada diri.. aku x perlu mengharap pada manusia yang tidak mmpu mngubah takdir walau seinci.. yang perlu aku lakukan ialah.. myerahkan segalanya ditangan Pemilik Alam Semesta...lantaran hanya dia yang Maha Tahu lagi Maha Mengerti.. apa yg telah tersuratkan ini..

Ya Allah.. jgn lah kau jadikan hatiku sepi.. walau dihimpit ujian ini.. jadikan aku redha.. pasrah dan bersyukur... tabah, sabar, redha.. dalam melalui secebis ujian.. yg x berkesudahan ini.. wpon sesekali aku terasa ingin merembeskan segenap airmata yg ada.. namun.. aku x punya kekuatan untuk itu.. aku perlu kuat. Untuk menongkah arus sekecil ini agar aku tidak terus tewas mendepani ujian yg maha berat kelak..

Ya Allah terangi lorong gelap fikiran dan hatiku ini.. yang sekian lama kalut.. dibasahi keresahan yang tidak berkesudahan... subhanallah.. kalimah suci itu.. aku tturkan sekali lg.. ya Allah. Izinkan aku meneguk cintaMu sepuas2nya.. agar aku tidak merasa haus hanya kerana mendamba cinta manusia yang secebis Cuma.. berikan aku lorong2 cerah.. agar.. aku bisa jadi kuat! Kuatkan hati ini dijalanmu.. segala kepasrahan.. aku rafa’kan.. agr sejalur taqwa.. dpt aku sematkan di pepenjuru hati.. agar ia tersemat kemas didada, dan dugaan yng melanda diri.. terasa ibarat salju.. yang hadir.. memberi seinci kedinginan dari panas terik mentari cubaan silih berganti....

Monday, March 2, 2009

Kawin Ketika Belajar?? hmmm..




“Ustaz, saya buntu memikirkan bagaimanakah caranya untuk melembutkan hati bapa saya yang degil, enggan membenarkan saya berkahwin semasa belajar. Sedangkan kami sudah bersedia dan ayah pun ilmu agamanya bukan gitu-gitu,” keluh seorang pelajar kepada saya.
“Pujuk dulu. Kalau ayah tak setuju, berhenti sebulan dua. Kemudian tanya lagi,”, saya memberikan cadangan.
“Kalau tak setuju juga?” soalnya.
“Berhenti dua tiga bulan, kemudian tanya lagi,” saya meneruskan ‘nasihat’.
“Kalau macam itu, sempatlah saya habis belajar dibuatnya!” rungut pelajar itu, bosan dengan nasihat saya.
“Baguslah. Itulah trick ustaz!” saya ketawa.
MALAS
“Ustaz macam malas nak beri nasihat sahaja gayanya,” duga beliau.
“Memang malas pun. Banyak kali sangat cerita yang sama. Kenapa tiba-tiba sahaja ramai yang kahwin awal masa belajar setahun dua ni?” saya berterus terang.
“Eh, kenapa pula? Ustaz tak setuju ke pelajar kahwin awal? Bukan sunnah ke kahwin awal ni?” tanya beliau. Nadanya seperti tidak berpuas hati.
“Kahwin itu sunnah. Kahwin awal itu, terserah. Mungkin bagus mungkin tidak. Bergantung kepada keadaan,” saya melangsaikan penjelasan.
Beliau terdiam.
Mungkin faham dengan kebosanan saya untuk menyambung bicara tentang isu ini.
Saya tidak pernah menafikan faedah berkahwin awal. Banyak bagusnya.
Cepat dapat sakinah.
Cepat serba serbinya.

PILIHAN PERIBADI
Tetapi jika saya diberi pilihan, berkahwin semasa belajar dan berkahwin selepas habis belajar, tanpa ada apa-apa situasi yang mendesak, maka saya akan memilih dan mencadangkan pilihan berkahwin selepas habis belajar.
“Wah, kenapa pula ustaz?” tanya seorang sahabat ketika saya berprogram di luar negara.
“Idea ini kontroversi. Dan ia khusus untuk pelajar di luar negara macam kalian sahaja. Dalam negara, ustaz tak komen apa-apa setakat ini,” saya menjawab.
“Idea apa?” soal beliau lagi. Bersemangat sekali mahu mendapatkan jawapan.
“Kahwin awal ini boleh menjadikan kita lembab!” saya memberikan kenyataan.
“Haaa! Ini sudah jadi panas ni ustaz. Kahwin melembabkan? Kali pertama saya dengar. Ramai yang marah nanti ni,” katanya.
“Itu laaa. Tanya lagi. Sebenarnya hal ini berbalik kepada nature seseorang,” saya menyambung jawapan.
“Nature yang bagaimana, ustaz?” soalnya lagi.
“Kalau dia seorang yang tidak adventurous, maka eloklah kahwin awal. Daripada melangut, termenung, mengulang rutin setiap kali musim belajar dan musim cuti, elok benarlah dia berkahwin. Tapi kalian duduk di luar negara, banyak perkara yang boleh diteroka, tengok dunia, pergi merantau, cabar diri! Kalau sudah berumahtangga, apatah lagi sudah beranak pinak, maka sulit sekali untuk semua benda ini nak dibuat,” saya meneruskan jawapan.
Beliau mengangguk. Rakan-rakan yang lain pun tersenyum.


PELUANG SEKALI SEUMUR HIDUP

Peluang belajar di luar negara bukan semua orang berpeluang merasainya. Malah jika belajar di dalam negara sekali pun, peluang menuntut di Menara Gading bukan peluang yang sebarangan. Usia awal 20′an ini adalah peluang yang besar untuk kita mencabar diri. Meneroka dan mencari pengalaman kehidupan.
Itu menjadi sebab utama, mengapa saya tidak langsung mempertimbangkan idea berkahwin semasa belajar.
Bukan tidak terusik hati ini, melihat seorang demi seorang teman berumahtangga. Tambah-tambah pula di musim cuti musim panas. Arab kahwin, Melayu kahwin, semua kahwin. Minggu ini makan mansaf, minggu depan nasi beriyani dengan ayam masak merah!
Tetapi pilihan berkahwin semasa belajar, bukan untuk saya.
Ya, memang zaman belajar adalah untuk belajar. Tetapi definisi belajar itu luas. Bagi yang meletakkan pembelajarannya adalah terfokus kepada kuliah dan pengajian yang formal sahaja, maka fokuslah kepada semua itu dan berkahwin semasa belajar mungkin bisa menambah keelokan hidup belajar begitu.

Namun bagi manusia ‘bertahi lalat’ di tapak kaki seperti saya, zaman belajar itu adalah satu-satunya peluang untuk saya meluaskan horizon kehidupan. Mengembara dengan bebas ke mana-mana sahaja, secara spontan, dengan belanja yang kecil, bukan untuk melancong, tetapi untuk belajar tentang kehidupan.
Segala pengalaman yang saya perolehi dari kembara itulah yang menjadikan saya sebagai SAYA pada hari ini. Dan saya tidak dapat membayangkan misi dan visi begitu berlangsung dalam keadaan saya berkahwin dan beranak pinak.
Kerana sifat adventurous yang sama itu jugalah saya terpelanting ke bumi Eropah. Di sana, kebebasan semasa belum berumahtangga itu saya gunakan sepenuhnya untuk memberi dan menerima pada kehidupan di perantauan yang pengalamannya tidak mungkin dapat dibayar dengan wang ringgit.

SUDAH BERSEDIA

Ketika saya mengambil keputusan untuk berumahtangga, salah satu perkara yang menjadi pertimbangan saya adalah pada kesediaan diri untuk menamatkan kembara.
Bersediakah saya?
Sudah puaskah saya berkelana?
Di pertengahan usia 20′an, beberapa kejayaan hidup yang saya capai selepas 1001 mehnah kehidupan, terasa hambar apabila kejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama. Sebagaimana manusia paling jahat dihukum penjara agar terseksa oleh sebuah kesunyian, perasaan sunyi itulah yang menggerakkan diri saya untuk mencari teman pelengkap hidup.
Berkahwin, adalah titik pengubah corak hidup saya.
Memang benar langkah kaki menjadi pendek, kebebasan bergerak dan membuat keputusan spontan sudah tidak mungkin berulang lagi. Tetapi ketika itu, ‘batasan’ yang terbentuk mengiringi sebuah komitmen kepada perkahwinan, bukan lagi menjadi sesuatu kekurangan kerana segalanya sudah tiba pada masanya.
Apa yang ingin saya cari, telah saya cari.
Berumahtangga adalah fasa baru untuk peningkatan hidup dan diri.

Di sinilah saya katakan, bahawa jika seseorang itu ada keinginan untuk adventurous di dalam diri, maka berkahwin semasa belajar sesungguhnya akan menjadikan kita lembab. Tetapi jika seseorang itu secara peribadinya adalah seorang yang tidak menjadikan pendedahan diri kepada dunia luar sebagai salah satu agenda yang ada kepentingannya kepada diri, maka keseluruhan artikel ini tidak relevan buatnya.
“Lepas berkahwin pun boleh juga terus aktif, ustaz!” seorang pelajar mencabar teori saya.
“Hai, baru sahaja kita ‘mengumpat’ tentang sahabat-sahabat yang baru berkahwin ni, susah benar nak panggil mesyuarat, kan?” saya mengusik.
Semua ketawa. Bukan mengumpat, tetapi cuba mencari punca.
“Lagi pun, kalau nak travel, kena fikir tiket pasangan, apatah lagi campur anak-anak. Sekali travel, beribu-ribu ringgit jawabnya”, saya menambah.
“Apalah sangat travel tu, nak dibandingkan dengan nikmat beristeri dan menimang cahaya mata!” katanya penuh semangat.
“Idea ana hanya untuk mereka yang sanggup menangguhkan nikmat beristeri dan menimang cahaya mata itu dari mengecapinya pada awal 20′an kepada pertengahan 20′an, kerana ada visi dan misi tertentu”, saya mengulangi pra syarat diskusi tadi.
“Jadi, kesimpulan ustaz, berkahwin awal ini melembabkan orang macam ustaz betul tak?” katanya penuh berani.
“Haha. Betul! Cuma, apa yang dikatakan sebagai ‘orang macam ustaz’ tu, terserah kepada anta mendefinisikannya,” saya mengakhiri perbualan.

NASIHAT PERIBADI

Nasihat peribadi saya kepada adik-adik di bangku pengajian, terutamanya buat mereka yang menuntut di luar negara, gunakanlah peluang semasa belajar ini untuk meneroka kehidupan habis-habisan. Mengembara, mencari pelajaran dari sebuah pengalaman, keluar dari kelompok sebangsa seagama untuk mempelajari realiti, lakukan semua ini pada setiap detik dan masa yang terhad itu.
Justeru, selesaikanlah dulu pengajian sebelum bernikah. Dengan ibu bapa pun mudah cerita, prospek diri sebagai manusia da’i juga banyak kelebihannya.
Mungkin dengan lima tahun penangguhan keinginan berumahtangga itu, membolehkan anda menawarkan lebih banyak bahan perkongsian berupa pengalaman dan kebaikan buat diri, keluarga, masyarakat dan ummah.
Apa yang penting, jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh.
Berkahwin jangan kerana terikut-ikut.
Taqlid buta dalam beragama mengundang binasa, taqlid buta dalam berumahtangga juga mengundang bencana.
Panas! Panas!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Kuala Lumpur