Sunday, January 24, 2010

No.. No ...No.....

Jangan... Jangan... Jangan...

Ø Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur, itu lain cerita.

Ø Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alaskaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Ø Jangan makan dan minum dalambekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Ø Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Ø Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Ø Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Ø Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Ø Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Ø Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Ø Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Ø Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Ø Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Ø Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Ø Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Ø Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Ø Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Ø Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Ø Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Ø Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Ø Dan yang paling penting, Jangan RIAK, SOMBONG, ANGKUH, Nanti di laknat ALLAH....

Friday, January 22, 2010

lama x update blog ni...



Assalamualaikum sahabat pembaca maya (jika ada) yang dirahmati allah sekalian... Maaf kerana membiarkan blog ni bersawang seketika... sebenarnya sya bzy ckit belakangan ni.. chewaaah.. mcm PM jer.. xla... ada la keja ckit nak buat.. gtu.. so blog ni terbiar la kejap gtu... yela kdg2 2, pg-ptg kelas, mlm miting, xpun pg ngajar kat syeksen 4 bangi 2... bgtu lah rutin seharian.. balik ngajar,mkn , solat, rehat2 pastu ngadap esemen yg menimbun.... 2 yg wat mls ckit nak menulis nni.. nak menulis ni pun ada timing gak kan?? kalo time xde mood 2 xyah la menulis, nti x sampai maksud yang ingin di maksudkan kpd pembaca... hehhe...

hati ini merindu2 belaian ibu dan kasih "mesra" ayah... cerita kak yg macam2 stiap kali balik kg... xpa.. lg 2 minggu je nak balik ni... smoga allah permudahkan urusan pegi dan balikku ke kg halaman x berapa lama lg ni...
Hakikatnya tatkala ini rasa sepi sgt jiwa ni.. entah lah.. mungkin hati ku terlalu byk titik noda hitam, dan setiapnya mengundang kemurkaan allah..

Wahai Allah...berikanku kekuatan untuk terus beribadat kepadamu... bersyukur dgn setiap karuniamu... bersabar dengan setiap "tarbiyah"mu dan sentiasa bersangka baik dengan setiap ujian, dugaan, cabaran, Qadar dan Qada'Mu yang terkadang hadir tanpa di takdir, dtg tanpa diundang..
ya Allah berilah hidayah pd ku, kedua ibu bapa ku, shbt2 seperjuanganku, jiran2ku, guru2ku, ust,ustazahku,kakak2ku, abg2ku, adik2ku serta seluruh muslimin dan muslimat yg ku kasihi sentiasa... entah bila aku kan dijemput pergi menemui Mu... Ya allah.. bersediakan aku bertemu denganMU dengn diri penuh lumpuran dosa yg menodai diri.. Berikan hamba kekuatan untuk membasuh dosa2ku dengan rangkaian taubat yang tiada hentinya, basahnya lidah mengalun zikir, sepertiga malam munajat tahajud cintaku padamu.... jadikan ku kuat menghdapi hidup.. aku mohon pd Mu ya Tuhanku... hnya kepadamu.. ku berserah segalanya....

Friday, January 8, 2010

salam 1 KISAS

Assalamualaikum sahabat2 sekisas form 6 sessi 05/06... majlis Tautan Kasih Muslimat Muhibbah 2010 akan diadakan seperti berikut...

tarikh : 24 Januari 2010

tempat : Tasik Fakulti Kejuruteraan, UKM

hari : Ahad

bayaran : Rm10

masa : 10 pagi- 2 ptg

TENTATIF PROGRAM SEPERTI BERIKUT :-

10.10PG _ UCapan aluan pengerusi majlis ( Sodiqa)

10.30PG_ Bacaan Doa ( hidayat)

10.40PG_ ucapan Wakil Pelajar ( hehehe mcm skema je)

1) UKM -rohida

2)USIM- K.asma'

3)UM- K.didi

4) UPM- Zaidah

5) UIA-fakhriah

6) UPSI- izyan

7)UDM- k.syim

LAIN-LAIN University :- adzmidatul khairini
:-Fairus
:-Ain

lepas ucapan : makan.....

majlis ni santai-santai je kawan-kawan.. kita buat seadanya je tau...
pakai lawa2 cket tau...
sebar2kan kat kawan2 yer.. pastikan kita dpt jumpe sume...

Saturday, January 2, 2010

peringatan buatku dan rakan sekalian

Negatif dan POSITIF

MELIHAT POSITIF DLM NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR ke hadrat Allah SWT..


1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.


2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.


3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.


4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.


5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.


6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.


7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok >kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.


8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.


9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk >berjalan.


10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

Friday, January 1, 2010

langkawi island

Assalamualaikum pengunjung setia halaman gadis kerudung putih ini.. selamat tahun baru 2010 masihi.. di tengah2 dada blog yang berlatar belakangkan biru2 air laut ni.. mun ingat nak kongsi cerita dengan kawan tentang pengalaman beeeessst mun kat lagkawi..

mun p langkawi pd tarikh 13hb nov hingga 18nov. bukan p sesajer tau.. p ada tugas.. kat sana ada program operasi khidmat masyarakat atau nama glamornye "OPKIM d'Mahsuri"... selama perkampungan di sana.. ada beberapa tempt2 menarik yang dpt mun lawat.. tp ada tempat2 yg kena byq mahal2 2 x masuk la.. hehehe.. ( xdok pitih)..

alhamdulillah muamalah rakyat2 langkawi khususnya ibu2 dan ayah2 angkat sekitar mukim ayer hangat sgt memberi respon yang baik .. kami dilayan bak anak sendiri...
penglibatan dan sambutan dripada peserta juga sangat2 menggalakkan..

Pada 15nov 2.. kami dibawa bejalan sekitar tempat2 cun n menarik kat lngkawi.. yg paling best 2 naik kabel car.. ffffffuuuuuh tinggi n gayatnyer.. tp best sgt bila ada kat sana.. kiranya dah 2 puncak kejayaaan yg mun dah capai.. 1kejayaan mendaki ke puncak gunung jerai tnpa sebarang alat bantuan.. yg ke2 mendaki ke gunung mat cincang dngn bantuan kabel car la.. hehehehe... ok la kan.. apa lg yg mampu mun lafazkan setibanya di puncak.. kesyukuran pada allah yang menerbangkan mun setinggi itu.. alhamdulillah.. punya 2 mata dpt melihat.. punya lidah untuk bersyukur atas segala2nya..
tgok 2.. sempat lg jdi duta gamat.. hehehehe
sebenarnya byk lg pengalaman yng nak diceritakan... namun.. rasa penat pulak arini.. xdpt nak taip banyak2 hehehhe.. namun lega coz dpt luahkan segalanya dlm blog ni.. x kisah la ada orng bca ke x.. yg penting.. bila boring2 dpt tgok balik bingkisan2 yng mun coret kat dada blog ni...

akhir kalam.. selamat tahun baru shbt,rakan taulan,mak ayah dan semua yg mengenali diri.. smoga azam kita sentiasa berkobaaaaaaar sepanjang tahum.. allah huakbar!!!!