Sunday, January 24, 2010

No.. No ...No.....

Jangan... Jangan... Jangan...

Ø Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur, itu lain cerita.

Ø Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alaskaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Ø Jangan makan dan minum dalambekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Ø Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Ø Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Ø Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Ø Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Ø Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Ø Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Ø Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Ø Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Ø Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Ø Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Ø Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Ø Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Ø Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Ø Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Ø Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Ø Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Ø Dan yang paling penting, Jangan RIAK, SOMBONG, ANGKUH, Nanti di laknat ALLAH....

No comments:

Post a Comment