Sunday, March 1, 2009

BICARA sEORAnG adAM...

Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantisKerana itu kau tak akan mengenaliku dan memang tak perlu mengenalikuBagiku dirimu bunga terindah,Bagiku dirimu manusia terbaik ciptaan Tuhan,Bagiku dirimu adalah segala-galanya.

Ukhtifillah,
Jangan biarkan aku menatapmu penuh biar sekalipun,Kerana ia akan membuatku mengingatimuBererti memenuhi fikiranku dengan inginkanmu. Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku.Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari.Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpurKerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Ukhtifillah,
Jangan pernah kau tatapku penuh.Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku.Bukan kerana aku terlalu indah,Tapi kerana aku seorang yang masih kotor.Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutera emas. Meniru laku para rahib, meski hatiku itu hakikatnya lebih kotor dari lumpur.Kau memang suci, tapi mungkin kau termanipulasi.Kerana kau hanya manusia – hanya seorang wanita.

Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci,Yang dengan sepenuh hati akan membawamu kehadapan TuhanmuUntuknya dirimu ada,Terukir dalam kitab suci,Tak perlu difikir lagi,Jodoh pertemuan di tangan Tuhan,Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah,Atau kejar sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah. Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci.

Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlasRelakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin sekarang atau nanti,Bahkan mungkin tak ada sampai kau mati.Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukkan tangis doamu.

Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-NyaDan ingatlah tiada yang lebih baik dari pilihan AllahMungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, tetapi pada jalan yang kau pilih untuknyaSeperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta keIslaman sebagai mahar pernikahannyaAtau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih TertinggiKekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.

No comments:

Post a Comment