Tuesday, February 9, 2010

sahabatku.. dengarkanlah...



Wahai Teman,

Kalau engkau jadi batu, jangan jadi batu di tepi jalan,
Tidak membawa erti dipijak orang,
Tetapi jadilah batu intan,
Mahal lagi berharga.

Kalau engkau jadi kayu, jangan jadi kayu rapuh,
Tetapi jadilah kayu jati, kayu yang tahan
Lagi berkualiti.

Kalau engkau jadi manusia, jangan jadi manusia biasa,
Tetapi jadilah manusia luar biasa,
Berguna dan berjasa kepada masyarakat.

Berusahalah ke arah kecemerlangan
Untuk mencapai cita-cita yang realiti
Bukannya fantasi semata-mata.

Setiap kejayaan yang diusahakan dengan ketekunan dan keyakinan diri
Pasti menghasilkan kecemerlangan.

Tidak rugi berbuat baik kepada semua orang
Sekalipun orang itu sangat menyakitkan hati kita.

Tiada yang istimewa di dalam setiap yang istimewa,
Tetapi setiap yang istimewa itu terselit hikmah yang teristimewa.

Bila engkau memandang TUHANmu,
Yang menjadikan segalanya,
Yang menimpakan ujian,
Yang menjadikan sakit hatimu,
Yang membuatkan keinginanmu terhalang,
Serta menyusah-nyusahkan hidupmu,
Pasti akan damailah hatimu,
Kerana tidak mungkin ALLAH S.W.T mentakdirkan
Segalanya untukmu sia-sia,
Bukan ALLAH S.W.T tidak tahu deritanya hidupmu,
Retaknya hatimu,
Tetapi mungkin itulah yang DIA mahukan,
Kerana DIA tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah,
Untuk dekat dan akrab denganNYA……….


WASSALAM……………..

No comments:

Post a Comment