Monday, March 22, 2010

UBAT TENANG HATI


Ibnu Qayyim pernah menegaskan bahawa dalam hati itu terdapat kekalutan yang tidak boleh diperbetulkan kecuali dengan mengadap kepada Allah.

Dalam hati itu terdapat sifat liar yang tidak mungkin dihilangkan kecuali dengan berjinak-jinak dengan Allah.


Dalam hati itu terdapat rasa dukacita yang tidak mungkin dihapuskan kecuali dengan merasa gembira dengan ma’rifat terhadap-Nya dan juga benar dalam bermua’malah dengan-Nya.


Dalam hati itu terdapat perasaan keluh kesah yang tidak mungkin ditenangkan kecuali dengan berkumpul dan menumpukan diri kepada-Nya.

Dalam hati itu terdapat kegelojohan dan penyesalan yang tidak mungkin dipadamkan kecuali dengan redho dengan perintah, larangan dan qada’ Allah dan menahan sabar menghadapi perkara tersebut sehinggalah ke masa pertemuan dengan-Nya.

Dalam hati itu terdapat rasa kepapaan yang tidak mungkin disekat kecuali dengan perasaan kasih dan penyerahan diri kepada-Nya, berterusan berzikir dan kebenaran keikhlasan kepada-Nya.


Jika dikurniakan dunia dan segala kandungannya kepada hati yang dihidapi perasaan papa maka ia tidak dapat menghilangkan perasaan tersebut.

Sunday, March 14, 2010

Pesanan terbaik dari seorang rakan....


Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada

tiga
surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua,

Surah Al-Ikhlas
. Surah ini, katanya, s urah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.


Ketiga, surah

Al-Kafirun
, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar

'untukmu agamamu, untukku agamaku'
.
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.


Pertama, kekuatan minda

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.


Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik...


Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya

.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..

Friday, March 12, 2010

renungan buatMU

Sekadar renungan............ .

Subject: Gadis melampau menerima padah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. 'Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan lia r kaum lelaki......' nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. 'Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?' Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. 'Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,' katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.


Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sa yang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.


Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.


Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembah yang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM

Tuesday, March 9, 2010

JAJA & din

aku merenung novel itu, lama. entah.. novel itu cuma tajuknya JAJA & din sahaja. JAJA & din?? urm.. muka depan hanya ada gambar seorang lelaki berkopiah putih dan wanita yang tidak berkerudung pun menjadi latar tema novel itu... sudah hampir 3 hari ku pinjam dari seorang teman.. namun.. kesibukan yang direka2 mengabaikan aku dari menelaah novel yg hnya bertajuk JAJA & din itu....

Setelah Sekian lama ku biarkan novel itu membeku disitu, aku mulai menyentuhnya.. selembar demi selembar.... waaahhhhhhh.. novel ini memang membangkitkan semangat remajaku.. sebut sahaja pasal cinta.. ku kira.. semua insan ada definisinya sendiri.. aku juga ada definisi aku sendiri.. kisah ini unik, islamik,ikhlas,jihad fisabillah... kerana.. perempuan yang meminang lelaki??? arghhhhh.. wujudkah lagi wanita ala-ala lembayung "khadijah" seperti itu lagi dalam abad ini... jika ada.. syukur....

Kisah cinta jaja yang merupakan anak doktor, hidup di bumi K.L dengan hal pakaian yang tidak terlalu dijaganya, adakala sesekali dia keluar rumah dengan hanya memakai kemeja T dan seluar pendek separas lutut sahaja????????..... hatinya mula jatuh cinta pada sekeping gmbr lelaki sedang berteleku disebuah kubur dengan ralit membaca beberapa ayat dari kalamullah dan tidak sedar bilakah gmbrnya dirakam dan.... sudahnya dijadikan iklan raya.. berhati2 dijalan raya pada raya taun itu... hurmmmmm.....

Jaja sungguh jatuh cinta pada lelaki itu, bersungguh2 dia mencari Ustaz itu dimana2... bertemu di Hentian bas Duta dlm keadaan tidak sengaja pertama kalinya.. hati dipanah rasa cinta yang tiada tara.. jaja cuba menyiasat lagi... hinggalah dia tahu latar belakang lelaki yg hnya digelarnya din itu... ustaz rupanya.. din.. @ burhanudin helmy seorang ustaz berdarah mujahid ini, mengajar semntara disekolah agama rakyat, sesekali menulis semula kitab2 lama untuk simpanan ARKIB, sesekali membuat perabot...

Jaja bertemu dengannya bila mana din membuat perabot dirumah yg baru dibeli abahnya... dia lengkap berbaju kurung dan mengenakan tduung hari itu... dia sudah nyatakan pada abah dan mama tentang hasratnya ingin meminang ust din itu... dengan bantuan pakcik aqmar.. din melakukan solat istikharah... dan dia nampak 3 wanita didalam mimpinya.... dan yg paling jelas ialah.. JAJA.. ya.. budak tidak bertudung itu... dia terus mengampiri dan menyarungkan anting2 ditelinganya... yakin dgn mimpi hasil istikarahnya... dia menerima JAJA dan memulakan adat peminangan seperti biasa...

Kini JAJA milik din... jaja puas, setelah beberapa tahun mencari identiti lelaki itu... bru kini dia lega dapat memilikinya... mulai ari 2, hidupnya sudah mula berubah... din yg mengubahnya.. perlahan demi perlahan ust lulusan azhar itu melenturnya... membetulkan bacaan2 solatnya yang sudah ditinggalkan sejak tingkatan 5, mengajar mengaji Al-quran.. dan yang paling buat JAJA bahagia.... setiap kali nak tidur, din akan membcakan cerita buatnya , bermula dari cerita wanita2 yang sgt taat pd zaman rasul sehingga ke semua cerita2 tokoh2 sejarah diceritanya.. malam demi malam.... hinggakan.. jiwa jaja yng sudah sekian lama kosong dan terlupa itu ini dan sering mengabaikan solat itu... kembali berbaja.. berbaja dengan keikhlasan cinta din... Din menyintai isterinya itu seadanya, dia tidak kekok mengajarkan isterinya satu per satu ilmu2 asas yang sepatutnya muslimah seperti jaja patut tahu, namun tidak pernah dia merendahkan jaja.. malah... bersyukur.. dengan hati isterinya yang lembut dan mudah mendengar kata itu.... dia dapat berdakwah... kpd orng yang dia sayang dan pertemuan yang bgitu unik... jaja juga bersyukur.. bukan dia salah memilih orng... dia punya suami yang sungguh zuhud...

Keikhlasan JAJA tentang Islam makin menebal, dia kini sudah boleh di kira ustazah. wpun hnya pada anak2 saudaranya sendiri sahaja dlu... dia sudah menghafal beberapa surah.. suaminya menyatakan hasrat ingin berjihad di Afghanistan... dan jaja mengizinkannya... ingin dia khabarkan bhwa dia sudah disahkan hamil 3 bulan pada waktu itu... namun.. dia takut.. berita itu kelak.. membuat suaminya berfikir 2 kali untuk berjihad disana... akhirnya dia mmberitahu juga.. dengan niat ingin meggmbirakan suami...

Pemergian din ke Afghanistan meninggalkan JAJA dan umar yang baru berusia 3 hari.. dia harus berjihad disana.. menentang "syaitan2 laknatullah yg menghuru harakan bumi afghan"... dia pegi tanpa khabar berita... JAJA disini.. tidak mengharapkan suaminya pulang.. doanya agar suaminya mendapat SHAHID yang diidamkannya.. siapa yang hatinya tidak rawan menjaga anak seorang tanpa suami disisi.. namun, ilmu agama yg din bekalkan buat JAJA tabah, sabar, kubu keikhlasannya pada cinta din dan pada ALLAH & rasulnya kian utuh kini... dia bersedia mnerima kehilangan din.. hnya kerana ALLAH... din sudah membugarkan kembali imannya yang sudah kusut masai dlunya... kini dia yakin dgn janji ALLAH... jaja semkin kuat menentang arus hidupnya.. dia sebenarnya menantinya.. namun.. dalam harapan dan doa.. dia redha andai suaminya pergi dlu.. dan mereka akan bertemu "disana" kelak....... setelah 15 bulan berjihad.... Alhamdulillah... kini din pulang menemui FAIZA yng dia rindui.. Umar yang dia kasihi... dia sudah benar2 yakin akan pilihan ALLAH untuk hidupnya dalam hal mencari jodoh... dia din.. amat bersyukur dgn nikmat seorang isteri yang sesolehah JAJA... dan JAJA pula sangat2 berterima kasih pada ALLAH dgn langkah pertamnya yang menjadi... dan.. doanya yang tidak pernah putus.....

"Kebahgian itu bukan dari apa yang orang lihat... tetapi dari apa yg kita rasa " kata din.. hati jaja bahagia kini dan selamanya..

sekian.. semoga beroleh iktibar dari kisah novel islamik ini... terlalu ringkas disini.. dptlan novel ini.. barulah kalian dapat rasakan airmataku yang turut gugur membaca keikhlasan cinta JAJA dan din......

wasalam

Saturday, March 6, 2010

tazkirah 2

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..

tazkirah 1

  • Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.” Riwayat at-Tarmizi

  • Thursday, March 4, 2010

    BINGKISAN BUATKU dan BUATMU

    SERUAN BUAT SI BELANGKAS
    (Fatimah Syarha Mohd Noordin)

    Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini,
    pelbagai maksiat menular di sana-sini. Pemuda meratah dara sesuka hati. Gadis
    hilang harga diri. Anak pungut merata-riti. Ah, sekotor inikah cinta anak muda?
    Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi. Tangan manusialah
    yang mengotorinya.

    Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!
    Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang
    mekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah saja? Boleh khalwat lama-lama.
    “Ingat nikah tu senang?!” Mungkin ini persoalannya. Mungkin ini yang
    membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta. Samada jawapannya senang
    atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih
    jalan halal lagi diberkati ini. Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar
    terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya. Apa
    yang dinamakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh dinikmati selepas
    berumah-tangga. Ingat tu!

    Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi,
    Dalam urusan jodoh, apapun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh
    syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang) . Andai di sana
    nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis.
    Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah
    (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang di bina. Awas! Hindari
    segala perkara yang menghampiri zina lagi tidak diredhai-Nya.

    Khusus buat pemuda-pemudi yang sudah jatuh cinta,
    Dengarilah kalamku seterusnya istimewa buatmu. Yang masih tak meletakkan nikah
    sebagai prioriti sekarang, teruskan belajar atau berkerja atau mengejar
    cita-cita. Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam
    lautan cinta.

    Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segera
    berzaujah (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.
    Sedangkan ada hadis yang menyuruh agar menyegerakan nikah bagi yang sudah
    bertemu calonnya. Pemuda selalunya bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada
    bidadarinya dan seluruh isi rumahnya. Faktor ekonomi amatlah membebankan benak
    mereka. Betul kan ya syabab?

    Kerisauan ini lumrah.. Ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggung-jawab. Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000. Hidup sendiripun sukar dibiaya apatah lagi hidup orang lain? Faktor ini membuatkan pemuda takut berkahwin. Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme. Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani kehidupan.

    Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita
    berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan
    kehidupan bagi pasangan yang berkahwin:
    “Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang
    layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin,
    Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya, dan Allah Maha Luas
    pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur:32). Nah, Allah telahpun memberi
    jaminan! Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai?

    Umar Al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari
    al-Qurtubhi:
    “Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan,
    padahal Allah telah menjaminnya.”
    Nabi Muhammad s.a.w. juga memberi gambaran yang praktikal. Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a.:
    “Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang.” (HR Bukhori dan Muslim).
    Tidak hairanlah Ibnu Mas’ud pernah berkata,
    “Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan,” kemudian beliau membaca
    firman Allah dalam surah al-Nur, ayat 32. Apalagi, sama-sama hapuskan berhala
    materialisme dalam hati dan fikiran.

    Buat kaum Hawa, yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walau apapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Samada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.

    Buat syabab, rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun
    sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja
    sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda:
    “Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik.” (HR Ahmad, Baihaqi dan lain-lain).
    Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh
    dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan
    keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang
    paling inginkan kebaikan untuk seorang anak. Percayalah!

    Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka
    laksanakanlah khitbah (pertunangan) .

    Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak
    terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh itu sesungguhnya
    amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan
    yang menghampiri zina.

    Laksanakanlah ikatan dengan mana yang paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a. menjelaskan,
    “Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.” (HR. Ahmad). Oh, kaum Hawa! Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!

    Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada
    Allah. Berdoalah pada-Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.
    “Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia
    menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka
    berpuasalah.” (HR Bukhori).

    Monday, March 1, 2010

    BABI PON bERSYUKUR JADI BABI



    Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". Orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan bersama bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manusript dibawah. Amin

    Seorang nasrani
    berkata,
    " saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi."

    Seorang majusi
    pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir"

    (cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata... )

    Seorang kafir
    pula berkata,
    " saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."

    Anjing
    pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."

    (mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia... )

    Babi
    pula berkata,
    "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat atau sembahyang" .

    Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka.

    Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?

    Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar... maha suci ALLAH.