Saturday, March 6, 2010

tazkirah 2

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..

tazkirah 1

  • Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.” Riwayat at-Tarmizi

  • Thursday, March 4, 2010

    BINGKISAN BUATKU dan BUATMU

    SERUAN BUAT SI BELANGKAS
    (Fatimah Syarha Mohd Noordin)

    Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini,
    pelbagai maksiat menular di sana-sini. Pemuda meratah dara sesuka hati. Gadis
    hilang harga diri. Anak pungut merata-riti. Ah, sekotor inikah cinta anak muda?
    Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi. Tangan manusialah
    yang mengotorinya.

    Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!
    Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang
    mekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah saja? Boleh khalwat lama-lama.
    “Ingat nikah tu senang?!” Mungkin ini persoalannya. Mungkin ini yang
    membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta. Samada jawapannya senang
    atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih
    jalan halal lagi diberkati ini. Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar
    terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya. Apa
    yang dinamakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh dinikmati selepas
    berumah-tangga. Ingat tu!

    Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi,
    Dalam urusan jodoh, apapun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh
    syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang) . Andai di sana
    nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis.
    Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah
    (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang di bina. Awas! Hindari
    segala perkara yang menghampiri zina lagi tidak diredhai-Nya.

    Khusus buat pemuda-pemudi yang sudah jatuh cinta,
    Dengarilah kalamku seterusnya istimewa buatmu. Yang masih tak meletakkan nikah
    sebagai prioriti sekarang, teruskan belajar atau berkerja atau mengejar
    cita-cita. Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam
    lautan cinta.

    Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segera
    berzaujah (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.
    Sedangkan ada hadis yang menyuruh agar menyegerakan nikah bagi yang sudah
    bertemu calonnya. Pemuda selalunya bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada
    bidadarinya dan seluruh isi rumahnya. Faktor ekonomi amatlah membebankan benak
    mereka. Betul kan ya syabab?

    Kerisauan ini lumrah.. Ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggung-jawab. Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000. Hidup sendiripun sukar dibiaya apatah lagi hidup orang lain? Faktor ini membuatkan pemuda takut berkahwin. Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme. Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani kehidupan.

    Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita
    berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan
    kehidupan bagi pasangan yang berkahwin:
    “Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang
    layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin,
    Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya, dan Allah Maha Luas
    pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur:32). Nah, Allah telahpun memberi
    jaminan! Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai?

    Umar Al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari
    al-Qurtubhi:
    “Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan,
    padahal Allah telah menjaminnya.”
    Nabi Muhammad s.a.w. juga memberi gambaran yang praktikal. Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a.:
    “Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang.” (HR Bukhori dan Muslim).
    Tidak hairanlah Ibnu Mas’ud pernah berkata,
    “Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan,” kemudian beliau membaca
    firman Allah dalam surah al-Nur, ayat 32. Apalagi, sama-sama hapuskan berhala
    materialisme dalam hati dan fikiran.

    Buat kaum Hawa, yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walau apapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Samada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.

    Buat syabab, rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun
    sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja
    sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda:
    “Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik.” (HR Ahmad, Baihaqi dan lain-lain).
    Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh
    dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan
    keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang
    paling inginkan kebaikan untuk seorang anak. Percayalah!

    Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka
    laksanakanlah khitbah (pertunangan) .

    Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak
    terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh itu sesungguhnya
    amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan
    yang menghampiri zina.

    Laksanakanlah ikatan dengan mana yang paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a. menjelaskan,
    “Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.” (HR. Ahmad). Oh, kaum Hawa! Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!

    Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada
    Allah. Berdoalah pada-Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.
    “Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia
    menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka
    berpuasalah.” (HR Bukhori).

    Monday, March 1, 2010

    BABI PON bERSYUKUR JADI BABI



    Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". Orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan bersama bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manusript dibawah. Amin

    Seorang nasrani
    berkata,
    " saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi."

    Seorang majusi
    pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir"

    (cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata... )

    Seorang kafir
    pula berkata,
    " saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."

    Anjing
    pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."

    (mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia... )

    Babi
    pula berkata,
    "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat atau sembahyang" .

    Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka.

    Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?

    Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar... maha suci ALLAH.




    Tuesday, February 23, 2010

    Selamat Pengantin Baru

    ...." Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik" ( An-nur 26)..

    Mutiara Al-quran ni paling sesuai dipadankan dengan kisah2 perkahwinan yang sering kita tonton dilayar perak mahupun di kaca televisyen. Sungguh cebisan kilauan mutiara al-quran ini memberi makna paling luas dan bermakna untuk kita fikirkan dan hayati bersama.....

    Syukur buat yang esa yang mempertemukan jodoh diantara pasangan bahagia Mohd Ajwadi B. Ahmad dan pasangan manjanya Nurnadiah Bt Mohd Nasir. Sekalung tahniah dari angah atas perkahwinan along dan abglong. Semoga hari2 mendatang menjadi tersangat indah dalam belaian rahmat dan restu illahi... Maaf angah x dapat hadir masa majlis walimah kalian. Doa angah semoga allah melimpahkan rezeki berupa segala nikmat yg sempurna untuk disyukuri kalian.. semoga dipermudahkan memperoleh zuriat yang soleh dan solehah.. amin.. doakan yang terbaik buat angah yer.. belum tau sape lg ni.. hehehhe... apa2pun lepas ni kena stdy betol2 tau.. supaya pernikahan x jadi fitnah dlm hidup kalian... akhir kalam dari angah.. selamat pengantin baru........


    Tuesday, February 9, 2010

    sahabatku.. dengarkanlah...



    Wahai Teman,

    Kalau engkau jadi batu, jangan jadi batu di tepi jalan,
    Tidak membawa erti dipijak orang,
    Tetapi jadilah batu intan,
    Mahal lagi berharga.

    Kalau engkau jadi kayu, jangan jadi kayu rapuh,
    Tetapi jadilah kayu jati, kayu yang tahan
    Lagi berkualiti.

    Kalau engkau jadi manusia, jangan jadi manusia biasa,
    Tetapi jadilah manusia luar biasa,
    Berguna dan berjasa kepada masyarakat.

    Berusahalah ke arah kecemerlangan
    Untuk mencapai cita-cita yang realiti
    Bukannya fantasi semata-mata.

    Setiap kejayaan yang diusahakan dengan ketekunan dan keyakinan diri
    Pasti menghasilkan kecemerlangan.

    Tidak rugi berbuat baik kepada semua orang
    Sekalipun orang itu sangat menyakitkan hati kita.

    Tiada yang istimewa di dalam setiap yang istimewa,
    Tetapi setiap yang istimewa itu terselit hikmah yang teristimewa.

    Bila engkau memandang TUHANmu,
    Yang menjadikan segalanya,
    Yang menimpakan ujian,
    Yang menjadikan sakit hatimu,
    Yang membuatkan keinginanmu terhalang,
    Serta menyusah-nyusahkan hidupmu,
    Pasti akan damailah hatimu,
    Kerana tidak mungkin ALLAH S.W.T mentakdirkan
    Segalanya untukmu sia-sia,
    Bukan ALLAH S.W.T tidak tahu deritanya hidupmu,
    Retaknya hatimu,
    Tetapi mungkin itulah yang DIA mahukan,
    Kerana DIA tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah,
    Untuk dekat dan akrab denganNYA……….


    WASSALAM……………..

    oh wanita.. ketahuilah

    ENAM PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA


    Artikel ini diambil dari koleksi artikel myMasjid :

    oleh ulama muktabar


    1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

    2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

    3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

    4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

    5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana.
    Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

    6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

    Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan
    *"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.." *SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs....