Monday, March 22, 2010

UBAT TENANG HATI


Ibnu Qayyim pernah menegaskan bahawa dalam hati itu terdapat kekalutan yang tidak boleh diperbetulkan kecuali dengan mengadap kepada Allah.

Dalam hati itu terdapat sifat liar yang tidak mungkin dihilangkan kecuali dengan berjinak-jinak dengan Allah.


Dalam hati itu terdapat rasa dukacita yang tidak mungkin dihapuskan kecuali dengan merasa gembira dengan ma’rifat terhadap-Nya dan juga benar dalam bermua’malah dengan-Nya.


Dalam hati itu terdapat perasaan keluh kesah yang tidak mungkin ditenangkan kecuali dengan berkumpul dan menumpukan diri kepada-Nya.

Dalam hati itu terdapat kegelojohan dan penyesalan yang tidak mungkin dipadamkan kecuali dengan redho dengan perintah, larangan dan qada’ Allah dan menahan sabar menghadapi perkara tersebut sehinggalah ke masa pertemuan dengan-Nya.

Dalam hati itu terdapat rasa kepapaan yang tidak mungkin disekat kecuali dengan perasaan kasih dan penyerahan diri kepada-Nya, berterusan berzikir dan kebenaran keikhlasan kepada-Nya.


Jika dikurniakan dunia dan segala kandungannya kepada hati yang dihidapi perasaan papa maka ia tidak dapat menghilangkan perasaan tersebut.

No comments:

Post a Comment