Thursday, October 21, 2010

Kasihnya Allah Kepada Wanita


Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan. Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya. Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu. Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan. Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada. Setiap Wanita itu Cantik.

Wanita Cantik yang solehah adalah :

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehah.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini.

Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab di pertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab di pertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa.


Monday, June 28, 2010

Kisah dari hati...

Assalamualaikum.. entah pada siapa aku lontarakn salam ini, aku juga x pasti.. yang aku hrpkan.. ada seseorang sedang menatap post aku yg bertajuk "kisah dari hati" ini.. jawablah secebis salam ku andai ada yg membaca kisah ini...
Kisah ini aku mulakan tatkala mula praktikal sebagai seorang bergelar guru agama.. atau "ustazah". gelaran yg ku sandang itu bukan satu gelaran yg mudah.. ianya amat berat seperti nama dan maknanya jua.. yg aku harapkan... aku dapat menjalani sessi praktikum ini dengan bantuan dan rahmat Allah yg tidak kunjung malap.. tanpa kekuatan yg allah bekalkan.. maka.. tidak lah kuat hatiku untuk menterjemahkan sesuatu pengajaran menjadi satu daripada elemen dakwah...

elemen yg utuh untuk menjadi pendidik is sabar... even u ada suara yg mantap,cara yg bagus, kesabaran itulah pokok utamanya , kata encik anuar, my observer untuk praktikum kali ni.... aku menerima nasihat itu dgn anggukan... aku akui.. pertama kali mengetahui yang aku dpt mengajar kelas terakhir tingkatan dua dan kelas terakhir tingkatan 1.... dan pelbagai momok kan daripada cikgu2 yg mengajar kelas tu, aku bagai ilang arah.. cikgu2 itu mengatakan, budak2 2, xbleh dilayan,teruk,degil, ... dan mcm2 lagi la.. keganasan dan kenakalan budak2 tu yg diceritakan .. balik ke umah sewa.. segala yg dibuat tak menajdi.. jiwa resah bagai orng nak akad nikah... tp lebih dari itu rasanya hambatan jiwaku yg sgt ketakutan menghadapi realiti yg akan ku alami...

KINI.. aku berdiri disini.. di SMK Datuk Hji Abd Samad PD ini dgn satu kekuatan yg entah dtg dari mana.. yg pasti ianya milik yng Esa.. aku semakin mesra dgn "anak2" aku.. mereka pon semakin selesa dgnku.. sebentar tdi aku di Observe,.. kata enc anuar.. awak bgus lah.. dpt budak baik2.. budak kelas baik2.. saya tgok dorang semangat nak belajar.. masya Allah... alhamdulillah.. satu keajaiban dalam duniaku yg penuh ketakutan selama ni.. ya ALLAh.. terima kasih ya.. tanpa rahmat dan rahim mu.. entah la.. dimanakah aku kini.. kini.. usia praktikum ku.. tinggal kurang 9 hari dari sekarang.. sedih dan sebak mula ku rasakan... ya allah... sedih nak tinggalkan anak2 yg telah ku didik dgn tenaga dan upaya yg tidak seberapa ini.. selama 7 minggu sudah berlalu.. ya ALLAH.. kuatan hatiku dan hati anak2ku.. untuk menuntut ilmu dijalanmu ya Allah...

hadirin yg membaca.. inilah kisah dari hatiku.. ianya bukan sebuah kisah perjuanagn seorang politician, bukan juga kisah sang artis yg berjaya membuat persembhan dismping jutaan peminat, atau kisah ibu yg berbangga dgn kejayaan anaknya.. ini hnyalah kisah dari hati.. ya hati kecilku.. hati seorang wanita yg kerdil dan dicampakkan didaerah Port Dickson yg sgt asing ini... untuk disentuh jiwa anak2nya... alhamdulillah.. minggu depan.. minggu terakhir.. smoga Rahmat Allah x pernah malap.. drpd meyuluh terang hatiku agar dpt mnjadi pendidik yg sejati pada sesiapa jua yg ingin berguru dgn seapa daya dan sedanya ilmu yg aku ada didada...
Kisah dari hati ini aku akhiri dgn secebis selawat dan salam buat rasul junjungan, atas perjuagannya.. aku kesini... alhamdulillah.. syukran ya Rasulullah...

Saturday, April 24, 2010

adakah DIA di hatiku...

. semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka…

Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.

Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”
Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.

Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.
“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.

“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”
“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.

“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.

Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.

Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!

Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?

Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”

Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…

Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”

Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.

Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin. Dan kita akan terus mengemis kasih…


petikan ini disedut dari blog ust pahrol ..http://genta-rasa.com

Wednesday, April 21, 2010

salam kerinduan...

Assalamualaikum para penerobos blog yang disayangi allah lagi dikasihi nabi selalu hendaknya... sudah lama rasanya blog ini kering dengan "ayat" tanganku.. entah lah.. setelah menerima beberapa teguran daripada seorang sahabat mengenai content blog ini. saya rasa semacam malas untuk mencerita apa-apa lagi di laman sesawang ini... laman ini asalnya banyak mengisahkan mengenai kisah-kisah kehidupan saya yang kira baik untuk dikongsi kepada sahabat-sahabat di alam maya ini.... namun bukan semuanya yang dikisahkan baik untuk dibuat pengajaran, ada juga yang baik untuk dihindari.

entah apa yang menggaru tangan untuk mencoret sesuatu di laman tanpa suara ini... huhu... apa yang pasti saya merasa suatu perasaan yang puas apabila dapat meluahkan segalanya disini.... tanggal 12 jun 2010 nanti sepasang lagi sahabat saya akan melangsungkan perkahwinan setelah berlalu 2 pasang dan seorang yang mengikat tali khitbah. syukur saya pada rabb dgn rahmat dan inayah yang diberi kepada sahabat2 yang diberi jodoh dalam keadaan dialam pengajian. Allah memilih mereka untuk berjihad dalam alam rumah tangga.. semoga rumahtangga yang dibina bukanlah satu fitnah tetapi satu mujahadah supaya sahabat2 sentiasa gigih mencapai kejayaaan melebihi orang2 bujang.

Setiap mahasiswi universiti pasti tercabar dengan isu ini... mana tidaknya.. hati wanita wanita mana tidak tersentuh dengan berita pertunangan, perkahwinan seorang demi seorang sahabatnya... hampir lupus status "cik" bagi shbt-shbt se"coz".. lebih-lebih tergugat dengan kehadiran berita kehamilan sahabat yang sudah menikah.. waaaa.... tidak dapat digambarkan berita germbiranya..

namun meneliti kembali hakikat diri.. saya kembali insaf dan sedar, tidak semua allah beri kekuatan yang sama walaupun diuji dengan perkara yang serupa. Allah dengan segala keagungan sifatnya sentiasa mahaukan yang terbaik dari hamba-hambanya yang beriman... menilti tahap pengibadahan saya pada Allah.. waaaahh.. bagaimana harus berkahwin sedangkan keimanan dan ketaqwaan pada allah belum cukup mantap, bagaimana dengan ibadah malam??? ya allah... subhanaalllaah.... jauhnya diriku andai diukur dari sudut itu.. bagaimana membina sebuah keluarga sedangkan rohani saya masih di tahap paling tidak membanggakan.. subhanallah.. saya bersyukur pada Allah... itulah kekuatan yang Allah ingin saya baiki dan tambah sebelum menjadi isteri apatah ibu kepada seseorang...

Ya Allah.. dalam setiap apa yang engkau ciptakan.. hatiku yang lalai sering menafikan dan mengangap ianya tidak adil buatku.. malah disudut yang lain engkau dengan segala rahmat dan kebesaran mu memberikan segalanya dengan butiran hikmah yang tak terjangkau dek akal ku nan sejengkal... YA ALLAH... golongkan aku di kalangan orang2 yang beriman.. subhnallah.. kembalikan hatiku padamu ya Allah...

sahabat2 yang membaca artikel ni.. saya pohon andai ada tersalah bicara atau ada bicara yang mnyentuh kalbu sahabat2... saya terbuka untuk ditegur... syukran kerana meminjamkan mata kalian untuk menatap kalam tanpa dakwat ini.. syukran.. doaku.. semoga kita bersama di JANNAH.... aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn......

Wednesday, April 14, 2010

untukmu WANITA

Sebelum Islam datang, bangsa Arab memperlakukan perempuan sebagai manusia yang bernilai rendah. Kaum perempuan saat itu dianggap sebagai harta benda yang bisa diwarisi. Jika seorang suami meninggal maka walinya berhak terhadap istrinya. Wali tersebut berhak menikahi si istri tanpa mahar, atau menikahkannya dengan lelaki lain dan maharnya diambil oleh si wali, atau bahkan menghalang-halanginya untuk menikah lagi.

Bayi perempuan dianggap sebagai aib, sehingga orang Arab Jahiliyyah mengubur hidup-hidup bayi perempuan yang baru lahir. Namun Rasulullah saw. datang membawa risalah Islam untuk melenyapkan semua bentuk kezaliman tersebut dan mengembalikan hak-hak kaum perempuan.

Tindakan yang memeras dan mengeksploitasi hak-hak kaum perempuan, semua dihapus. Hal ini sebagaimana diterangkan dalam QS. an-Nisa’ ayat 19:


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَحِلُّ لَكُمۡ أَن تَرِثُواْ ٱلنِّسَآءَ كَرۡهً۬اۖ وَلَا تَعۡضُلُوهُنَّ لِتَذۡهَبُواْ بِبَعۡضِ مَآ ءَاتَيۡتُمُوهُنَّ إِلَّآ أَن يَأۡتِينَ بِفَـٰحِشَةٍ۬ مُّبَيِّنَةٍ۬ۚ وَعَاشِرُوهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ فَإِن كَرِهۡتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَيَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا

“Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka Karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang Telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) Karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

Rasulullah saw. juga bersabda:

“Barangsiapa yang memiliki anak perempuan, dan ia tidak menguburnya hidup-hidup, tidak menghinanya, dan tidak cenderung kepada anAk laki-lakinya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam sYurga.”

Islam juga menetapkan bagaimana seorang suami harus memperlakukan
isterinya, Rasulullah saw. bersabda:

“Wahai manusia, memang benar kalian memiliki hak atas isteri kalian, tapi mereka juga punya hak atas kalian. Ingatlah, bahwa kalian telah mengambil mereka sebagai isteri atas kepercayaan dan izin Allah. Jika mereka taat, maka mereka berhak diberi nafkah dan pakaian serta kebaikan. Baik-baiklah kepada mereka, karena mereka adalah pasangan dan penolong kalian.”

Penghargaan tinggi atas tugas-tugas perempuan sebagai ibu dan kepala rumah tangga juga diberikan Islam.

Nabi saw. bersabda:
“Pada masa kehamilan hingga persalinan, dan hingga berakhirnya maasa menyusui, seorang perempuan mendapatkan pahala yang setara dengan pahalanya orang yang menjaga perbatasan Islam.” (HR. Thabrani)

Nabi saw. juga pernah bersabda:
“Ketika seorang perempuan menyusui anaknya, untuk setiap tegukan itu ia akan mendapatkan pahala seolah-olah ia baru dilahirkan sebagai seorang manusia, dan ketika ia menyapih anaknya, para malaikat menepuk punggungnya sambil berkata, ‘Selamat! Semua dosa-dosamu yang telah lalu telah diampuni, kini semuanya berjalan dari awal lagi’.” (Raiyadhu as-Salihin)

Wallahua'lam bi ash-shawab

Tuesday, April 13, 2010

tazkirah 3..

Menakjubkan sungguh segala urusan orang yang beriman. Setiap perkara yang menimpanya adalah baik. Dan ini tidak akan terjadi kecuali pada seorang mukmin. Jika dia mendapat nikmat, dia akan bersyukur, maka kesyukurannya itu adalah baik untuknya. Akan tetapi jika dia ditimpa musibah, dia akan bersabar dan kesabarannya itu adalah baik untuknya"

Wednesday, April 7, 2010

Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Ku pasrahkan semua pada Mu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu