Monday, January 17, 2011

Insya Allah (biiznillah)

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

aku dan PKMK


Assalamualaikum para penerobos bLog kerudung putih ini.. harap semuanya hepi dan sihat2 selalu hendaknya... er.. kali ni saya nak cerita ckit pasal susur galur kehidupan saya sepanjang kat UKM ni... yg mane ingt je la. hehhee sy mula diterima masuk ke UKM kampus bangi pada 1 Julai 2007.. wah.. masa 2.. gembiranya.. allah je yg tau.. semalam. seperti bru shja berlalu.. namun sejarahnya tetap terpahat kukuh dibenak ingatan... insYaAllah bulan april nti.. bulan terakhir sy mengutip mutiara ilmu dan pengalaman di UKM...

Pertaapan 4 tahun dibumi UKM ni sememangnya terhimpun sejuta kenangan manis yg x cukup hardisk untuk disimpan.. namun.. ianya tetap dismpan kemas dlm hardisk Otak yg allah bg pinjam ni... Syukur alhamdulillah.. sepanjang berada di uKm. aku masih dikelilingi aura2 kemuliaan shbt2 se-KISAS... masih rasa kebersamaan dismping ukhwah yg mantap dipadukan..

ha ni.. nak mula cerita dah.. kisahnya bemula apabila penulis blog ini berkenalan dgn seorang member yg jugak P.Quran mcm dia jugak.. dan.. skrang dha punya anak pon.. asmak namanya.. perkenalan dgn beliau menemukan aku dengan Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah. Asmak yg memperkenalkan aku satu persatu mengenai PKMK dan jugak exco2nya... wah.. masa-masa lapang aku terasa diisi bila join PKMK.. Tahun 2009 aku lantik menjadi exco sessi 08/09...wah sesuatu yg x terduga oleh akal.. tp ada jugak dpt rasa sbb ada exco2 yg usha len macam ja sejak2 aku sama2 berkongsi letih untuk program Malam Darul Aman pd tahun 2008... bertitik tolak dari saat itu.. sampai lah la ni... aku masih berkhidmat dlm persatuan ini.. PKMK ni.. satu persatuan yg lain la..

terlalu indah dan dalam untuk ku ungkapkan segala yg ku dapat bermula dari menjdi ahli aktif.. dan sejak pertama kali melangkah menjadi exco.. aku mendapat dakapan persahabatn n kasih sayang yg sungguh ikhlas daripada akak2.. sgt seronok menjadi a part of that unity becoz it is verry different... u can find, ukhwah, friend withOut any condition.... tolerate, kerjasama yg sgt2 erat.. tempat aduan susah senang.. and all everthing... i got it....its look a like a HAppy Family.. u know..
terlalu indah untuk diungkapkan dgn kata2.... sungguh manis kenangan bersama semua kawan2 dan kenangan itu tetap terus aku semadikan di lubuk hati paling dalam...

beberapa bulan lg PKMK bakal aku tinggalkan.. wpon mata mengeluarkan mutiara jernih.. namun hakikatnya aku tidak menangis.. aku tidak bersedih.. aku gembira kerana Allah masih menemukan adik2 yang terbaik dari ladang dan lautan dalam untuk mengemudi PKMK ke arah yg lebih diberkati, diredhOi dan terbaik untuk mahasiswa KEDAH UKM...


kepada adik2 pelapis PKMK...

pintaku..
kalian pergunakanlah masa kalian sebaiknya di anjung PKMK.. ukhwah kita bermula disini...jika tidak kalian yang ku harapkan.. siapa lagi yg ku ada untuk memberi harapan... jagalah kelestarian PKMK.. k.mun sentiasa mendoakan yg terbaik untuk semuanya..

I LOve PKMK....

Sunday, January 2, 2011

Ratib Cinta



Saat Ratib Cinta bergema,
Aku tertunduk kaku,
Memikul labuhan dusta dan dosa semalam,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah melewati silam yang kelam suram.

Saat Ratib Cinta bergema,
Titis-titis air mata rindu mengalir lesu,
Terhimpit antara keluh kesah dunia yang tidak pernah sudah,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah silam durjana mematikan hatiku.

Saat Ratib Cinta bergema,
Terpaku aku di hamparan sejadah rindu,
Meniti sepertiga malam yang kaku bisu,
Menanti sinar cahayaNya menyuluh,
Suram hati yang gersang tanpa kasihNya.

Ratib Cinta akan terus bergema,
Tanpa jemu dan lelah,
Menanti pengampunanNya,
Kerana aku tahu Dialah segalanya.

Ya Allah,
Andai ini Ratib Cinta terakhirku,
Ampuni segala khilaf semalamku,
Ya Rabbi.

kisah KEKASIHku...



Kali ni aku nak kongsikan tentang KEKASIH aku? (aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!

Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?

DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke... spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni...

Emm... aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.



Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.

Cuma aku je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~

So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.

Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam... pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya... millionaire... billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support... percaya tak?

Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, jadi, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!

Ish! Rindu sangat dah ni!

Friday, December 31, 2010

mengapa Wanita memerlukan LELAKI


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, December 30, 2010

Jodoh Cintaku...


Jodoh cintaku.
Dibumi Allah, Apakah Khabar Cinta..?

Dalam warkah ini, aku ingin menyampaikan kepadamu bahawa...
aku masih menunggumu dengan setia dan penuh kerinduan,
dalam malam yang dipenuhi doa yang panjang,
Usia sememangnya meninggalkan jejak pada diriku,

Begitu juga episod-episod cintaku,
Suratan takdir membuat aku sedar aku belum ditakdirkan untuk kau temui,
Hanya IMAN didada mampu membuat aku terus cekal menunggumu disini... Semoga aku tetap diberikan keteguhan hati dan kesabaran
dlm menantimu.. Jodoh CIntaku..


Salam sayang

Jodoh Cintamu...

Sunday, December 26, 2010

Maafkanlah...

Memaafkan orang lain beerti memaafkan diri sendiri,
Hidup terlalu singkat untuk membenci,
sucikanlah hati mencari ilahi...


Selagi kau tidak bahagia dgn kebahagian orng lain.. itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Pujuk dirimu bahagia apabila melihat 'musuh-musuhmu' bahagia. Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan meeka. Dan paling derita, Jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagian di atas tapak kedukaanmu.

Wahai diri, ingatlah... segala gerak dan laku makhluk adalah dgn izin Allah jua. Jika dtg orng "menghadiahkan" air mata... ALLAH sdg mendidikmu ttg sifat sabar. jgn dilihat manusia yg mnjdi "sebab", lihat dgn mata hati yg ALLAH jua menjadi "musabbabil asbab". Jika kau disakiti oleh dia... DIA sedang mengajarmu erti redha...

Kita bukan malaikatt untuk terus pasrah tanpa terusik oleh calar dan cakar insan. Namun, ada ketika-ketika yang sgt kritikal untuk kita bertahan dan katankan ... tidak ada keadilan yang mutlak didunia ini. Mungkin shj 'penjahat' yg pndai bermuka-muka akn terus dijulang sbgai wira. dan hamba sejati yg mpunyai "hati emas",akan terus dihenyak sebagai tawanan di penjara hiba dan cela.

Bahagualah dgn kebahagian orng lain. terimalah hakikat kita bukan TUHAN yg mencatur rezeki dan nikmat untk hamba-hambanya. jgn kau tanyakan kenapa dia dilebihkan, aku dikurangkan? mengapa dia yg licik dgn gelecek sgala strategik dimenagkan sdg aku yg bersentakan kebenaran dan keserhanaan selalu dikalahkan?

Disini tidak lama. Disana jua tempat berehat segala penat. Kenyakinan terhadap hari kiamat akan menyebabkan kita kuat menghadapi tipuan dunia. Keimanan pada Tuhan akan menimbulkan rasa sabar menghadapi kerenah insan.

belajarlah daripada Nabi Yahya dan Zakaria yg digergaji mati tanpa meliht bunga-bunga kemenangan. belajarlah daripd Sumaiyah dan Yasir yg terbunuh tanpa smpat melihat daulah Islamiah dan empayar Islam berkembang.mereka tidak dapat kemenangan... tetapi mereka tidak hilang ketenangan!

Wahai diriku, mereka (salafusaaleh itu) menjadi 'besar' kerana menghadapi ujian yg 'besar'. Mereka mempertaruhkan Nyawa. paahal aku, kamu dan kita terlalu kecil justeru yg dipertaruhkan cuma harga diri. terasa diri tertipu, dipersenda dan diperkotak katikkan serta tidak dihargai.

Sedarilah, yg tercabar bukan dirimu tetapi keegoanMU.. harga diri mulik kita selamanya. Tidak akan luput dan dpt dicabut oleh orang lain. Jgn bimbng jika tdk dihargai, ttp bmbanglah jika idak berharga. dimata Siapa???Dimata diri sendiri... Namun, ego itulah yg slalu menuntut pengiktirafan dan sanjugan.

Hati yang ego bertuhankan material dan fizikal. Apabila iblis berbicara tntng ketinggian api berbnding tanah sbgai asal usul kejadian dan ukur tara kemulian.. dia memberontak. Berasa Adam dilebihkan. Iblis tidak bahagia dgn kebahagian Adam. Akibat maraj, cemburu, derita dan kecewa, lalu dibujuknya datuk nenek kita (adam & hawa) dgn strategi yg satu ; biar hilang kebahagian manusia. Agar bertempat bersamanya di neraka- derita selama-lamanya.

Wahai diri, beringat-ingtalah akan tipuan syatan pabila kau tidak bahgai dgn kebahagian orng lain. itulah sgt merbahaya. Itulah pintu rasukan syaitan bila kau sendiri mendakap kejahatan warisannya sejak lama.

Wahai diriku..
Mulakan langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagian orang lain. langkah pertama itu memberi maaf. namun terlalu sukar rasanya untuk memberi maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam membara. Masih terngiang-ngiang segala kata nista.

masih terbayang segala tingkah dan perlakuan. Wajah 'orng bersalah' itu terasa begitu menjengkilkan. memberi maaf kepada mereka seolah-olah mengadaikan harga diri.. Ahh... apakah maruah ini terlalu murah yntyk disorong tarik dgn harga yg rendah? dan cukup sakit apabila mengenangkan .. 'musuh-musuh/ itu tersenyum dlm kemenangan.

Namun, itu hanya bisik hati 'besar' ku yg melantunkan suara ego n marah. kesat dan kesumat. tetapi jauh dari dalam diri.. ada suara lain yg bergetar. "hati kecil" yg tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yg meredakan amukan rasa. Maafkan.. lupakan, cintakan, sayangkan.... berperang dengan mereka beerti berperang dgn diri sendiri.

pada sebuah persimpangan rasa.. tiba2 hati disapa oleh firman :

"Tolaklah kejahatan dgn sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan apati musuhmu akan menjadi seolah2 saudara - Fussilat :34.

Wahai diri, api jgn dilawan dgn pai. nati bakarannya akan mmbkr diri sendiri. menyimpan dendam sama sprti membina sebuah gunung berapi di dlm hati. semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yg menanggungnya. Musuh2mu terus ketawa.. sedangkan kau sendiri mnderita meneguk bisa.

kini , hatiku tertanya-tanya lagi.. siapaka aku, yng begitu sukar memaafkan? tuan? TUHAN? aku hnya hamba. Sedangkan DIA sang Pencipta itu Maha Pemaaf, maha pengampun, siapa aku yg kerdil & kecil ini untuk terus berdendam ? YA ALLAH.... ampunkanlah aku. Sengaja atau tanpa sengaja sering atau kekadang.. aku terlanjur menumpang hak-Mu. lalu terdetik dlm syahdu ini aku menyeru.. marilah sama-sama kita lalui.. jambatan hati...

(hasil karya : ust Pahrol Mohd Joui- Dimana DIA dihatiku? -)