Friday, November 13, 2009

abes da sem ni....

alhamdulillah.. arini 13hb 11 ari terakhir mun ada kat kolej tok sem ni.. mlm ni jam 10 da nak balik kedah.. but before balik kg 2 mun ada program opkim ( operasi khidmat masyarakat) kat langkawi smpai 18nov... doakan perjalanan mun kat sana berjalan lancar ea...

jumpa lg sem depan... byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....

Doa Penyeri Kehidupan



firman allah.. berdoalah.. sesungguhnya Allah akan memaqbulkan doa2 hamba....

Wednesday, November 11, 2009

expidisi keringat..















Assalamualaikum sahabat2 sumer.. apa khabar semuanya?? harapnya sentiasa sihat dan ceria serta bisa mengukir senyuman indah untuk semua insan di sekeliling kita..

haaa.. meh sini.. mun ada nak cita pasal kenangan mun dan geng PKMK ukm p gunung Jerai..
fuuuuuuuhh.. pengalaman mendaki gunung jerai ni mmg x dpt mun gmbrkan dgn kata2 ... waaah dasyat ek?? erm.. bukan apa.. bila kita p sana.. bru kita dapat rasa mcmna bestnya 2..

Kalo ikotkan ramai yg daftar nak p program ni.. so kami pon da tempah 2 bijik bas untuk kemudahan penumpang... ermmmm.. last2 ada la bapa kerat jer yg join.. pd mlm nak bertolak 2 ada 22 orng manusia2 kat ukm ni yang membatalkan pnyertaaan.. huhuhu.. kecewa gak la kan..tp ok jer,.. lg ckit lg ok.. senang nak jaga.. hehehhe

xpdc bermula dengan mendaki gunung jerai yng ketinggiannya hampir 9km.. hmm.. jauh kan?? jalan die tar biase je.. tp makin naik makin tinggi.. eh.. ye la.. da gunung kan>?? ade plak mkin rendah... mun diantara pendaki2 yg paling lewat smpai... hehehhe.. masa 2 yg tertinggal dibelakang ialah mun, k.merah,awif,udadinho,pejon n mirul... alhamdulillah berjaya gak nek smpai ke puncak.. hehehhe.. syukur sgt2..

sampai kat atas sana.. kami pon mkn la nasik n air teh yg dibekalkan.. waaa.. kebuluran tahap cipan masa 2... lepas2 mkn 2 rehat kejap smbil tgok2 alam sekeliling.. mcm x pecaya pon ada yg mun dah smpai ke puncak gunung jerai... lepas 2 teringt lagu ni..." kan ku ukir namamu di awan gunung jerai."... hehehhe.. dah terbukti da.. erm.. terpiki2 gak nak ukir nama sapa ek kat gunung ni.. hehhehe.. drpd dok penat pk bek kita ukir nama ALLAH swt .. kan allah yg bg kudrat dan iradat n kuatkan kakiku tatkala melangkah setapak demi setapak menuju puncak...

Pemandangan dari atas puncak amat mengagumkan... huhu. hmpir menitis air mata melihat ketakjuban kuasa allah.. alhamdulillah.. punya 2 mata tok ku melihat dan bersyukur atas semua ni...

pd mlm hari 2.. kmi buat BBQ.. huhu.. da la tgah lapaq sgt2. pastu plak mknn lmbt nak masak.. sssseeejjukk sgt2 .. huhu... so bila mknn da siap 2.. haaa ape lg.. kita sssseranng.. hehhee.. alhamdulillah dpt mkn dngn kenyangnye... hehhe..

esoknya 2 ada pertandingn memasak.. best sgt2 coz setiap kump. akan berusaha buat yg terbaik tok jadi juara pert. memasak.. erm.. grup mun ada akak senior 2.. dia buat nasik goreng kerabu sardin?? waaaaaa.. seeeedaap sgt.. hehhe.. xlama lepas 2. jumpa geng2 USM.. dorang pon dtg mendaki jugak. hehhe.. smpat la jumpa bberpa exco2 anak kedah dorang 2..

mlm 2 ada mjlis penutup dgn pympaian adiah suma.. best sgt coz sebelum MC nak umum juara keseluruhan 2 depa ni ada buat teka teki.. best la kata .. yala. riuh rendah mlm 2.. dgn lawak n jenaka.. hmmm hilang ckit tension yg ada kat ukm 2.. hehehe..

esoknye 2.. kmi da ready nak blik da... nek bas jer terus tido.. penat seeeeeeyyyy.. kaki ni rase da xleh jalan da.. huhu.. bile dah smpai ukm jer.. dlm 3 hari gak la mun rerehat je kat bilik.. kaki sakitttt sgt.. x caye try r nek.. hehhehe

ape2 pon syukur pd Allah sbb dgn kuasa Allah la semuanya berjalan lancar.. kenangan xpdc ni.. mmg x dpt mun nyahkan dlm ingatan.. sempat mun mndpt 1 kata2 yg indah untuk difikirkan... iaitu... APA PUN YG TERJADI... BERJALAN LAH TANPA HENTI...

Friday, November 6, 2009

Kekasihku Rasulullah...

Hayatilah…


Utk Renungan Bersama ...


Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, 'Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.' Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. 'Rasulullah akan meninggalkan kita semua,' keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.


Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam,' kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'


'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.


Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?' Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?' Tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. 'Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku', peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.'Ummatii, ummatii, ummatiii?'


'Umatku, umatku, umatku' Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin....

Antara Al-Quran dan kereta SPorT.....

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya
mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu
hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya
tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya
begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah
beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga
keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik
bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga
hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si
anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport
merah yang selama ini menjadi idamannya itu Si ayah yang bagaikan
mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah
kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan
itu yg kuhajatkan dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah
kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan;
seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya Dalam
pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak
itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran
kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di
muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya
dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... ayah
sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai
kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya... sudah
ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya
keras....al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus
meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah
bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia
meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah
yg dimilikinya 10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang
berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang
sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh... Sudah 10
tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang
dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam
ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si
anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan
perwarisan harta Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar
bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg
menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak

apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya...Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia
berada disitu...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya
selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran
itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu
dari Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuah
sampul surat ternyata diselotepkan disitu Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...di dalam sampul
surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada
hari konvokesyennya... Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si
ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama
ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air
mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan
mula bertandang Namun semuanya sudah terlambat...
Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak
"dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati................renung2kan dan selamat beramal..:-)

Sunday, November 1, 2009

me & BABY..


Assalamualaikum.. hai para penziarah sekalian.. eh.. jgn la pelik tgok mun pegang baby.. hehehe.. ni baby orng le.. bukan anak mun..

sebenarnya mun suka sngt2 tgok dan menyentuh baby.. bila tgok baby kan mun akan tgok mata dia.. waaaa.. lembutnya dan kat ctu ada 1 ketenangan yang sukar ditafsir..

Masha Allah.. Maha besar kuasa Allah yang membesarkan kita dari sebesar tapak kaki 2inci... ya Allah ku bersyukur atas nikmatmu ini...

Lenanya Nur Muhammad tido.. hehhe.. waaa mcmne plak bila ada anak sendiri nanti yer.. hehehe.. harap2nya Allah beri cahaya mata yang beriman dan beramal dengan ILMU dan mengamalkan ISLAM.. amiiiin.. ( YA ALLAH.. makbulkan lah permintaan hamba...)

Bukan senang nak jdi ibu.. xla.. mun x pernah la jdi ibu pon.. tp bila jaga budak2 ni besa la mcm2 ragam.. huhu..

ape2 ppon.. bg kawan2 yg x suka pegang baby 2.. blajar2 la pegang baby.. tgok, sentuh dan pandang mata dia.. kita akan meresap suatu ketenangan yang Allah dah anugerahkan dalam mata baby 2.. masya Allah..

mun kalo tensyen kalo dah jumpa baby.. best sgt.. dpt men2.. usik2 smpai dia tergelak.. dukung2.. belai2 n manja2 kan.. yaAllah.. nikmatnya masa ni.. hehehe.. namun belum rezeki lagi dalam family mun tok dpat baby.... Abg n Kak Ipar belum ada rezeki lagi tok menimang chaya mata wpon perkahwinan mereka sudah mencapai hampir 4 tahun.. semoga dorang sabar menjalani hidup yg penuh ujian ni.. kata 1 lirik lagu UNIC 2.. tiada ertinya hdup andai x dilambung gelora... kan?? sabar. tawakal.. Allah.. mudahkan semuanya...